ORANG GAJI IQ, TV2 - Episod 10 - 27/4/2015 Di Malaysia, amat sukar mencari pekerja terlatih di bidang yang dulu dianggap tidak penting teta...
ORANG GAJI IQ, TV2 - Episod 10 - 27/4/2015 Di Malaysia, amat sukar mencari pekerja terlatih di bidang yang dulu dianggap tidak penting tetapi hari ini keperluannya begitu mendadak. Contohnya ialah pembantu rumah. Justeru ramai yang memilih mengupah pembantu rumah terutama dari Indonesia yang dianggap lebih dekat dengan budaya kita seperti dari segi komunikasi dan masakan. Cuba mengetengahkan isu tersebut, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan sebuah drama bersiri terbaharu bertajuk “Orang Gaji IQ” terbitan Global Station Sdn Bhd yang telah mula bersiaran episod pertamanya pada 23 Februari lalu. TAJUK : ORANG GAJI IQ EPISOD : 13 episod TARIKH : Mulai 23 Februari 2015 SIARAN : SELEKTA PRIMA TV2 (RTM), setiap Isnin,9.00 malam SKRIP : Zahirah Hassan PENGARAH : Amie Maziah Abdul Rahman (Mak Mie) PENERBIT : Datin Zaiton Muhd Jiwa TERBITAN : Global Station Sdn Bhd PROMO ANGIN SYURGA: https://youtu.be/kdFy7p6tscY YOUTUBE CHANNEL : https://www.youtube.com/channel/UCF4KdUqyxJ5Cb0NTGhZXt9g MyKlik FB: https://www.facebook.com/myklik.mobile TV2 FB : https://www.facebook.com/tv2.rtm PELAKON : Anzalna Nasir, Afiq Muiz, Watie Sadali, Aida Khalida, Sharifah Sakinah, Shakilla Khoriri dan Syazwan Zulkifli. Dibantu oleh Zila Bakarin, Zulin Abd Aziz, Dayana Roza, Mak Wan, Manan Sulaiman dan Shashi Tharan SINOPSIS ORANG GAJI IQ : Ia mengisahkan Shahira, seorang Pengarah Urusan sebuah agensi pembantu rumah yang terpaksa menyamar sebagai pembantu rumah Indonesia setelah pembantu rumah yang sepatutnya datang, tidak muncul pada hari yang dijanjikan. Cerita bermula apabila Shahira dan Normala (sepupu dan rakan kongsi) gagal mendapatkan tenaga kerja Indonesia seperti yang dijanjikan oleh agensi dari Indonesia kerana masalah pasport dan visa. Agensi pembantu rumah milik mereka terkenal dengan rekod cemerlang dan berjaya membawa pembantu rumah, terutama kepada golongan berada dan VIP. Pelanggan mereka kali ini ialah Pn. Halimah, seorang hartawan yang cerewet. Mereka telah... Less